Saturday, October 16, 2010

Ku abadikan kenangan kita..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang.



Tanggal 4 oktober 2010 hampir membuatkan aku rebah dari berdiri. Deringan hp ku seolah2 sudahku tahu perkara yg akan disampaikan.. berdebar jantungku menjwab pggilan tersebut. Ya Allah…kau telah menjemputnya kembali…THAQIFAH BINTI MALEK..

Aku menangis bagaikn anak kecil yg di tinggalkn ibu di tepi jalan. Aisyah datang memujukku supaya beristifar…aku jadi buntu saat itu..apa yg terfikir hnya mahu ke HUKM dgn kadar segera. Aisyah yg bnyak membantu. Dy yg bertnya kpd kwn2 & kakak senior mungkin ada yg ingin pergi melawat jenazah mlm itu. Dengan izin Allah, aku pergi jua bersama pljar2 kos agama n senior. Aku ditemani syuhada. Acap kali dy merangkul n memujuk agar aku redha.. entah r… air mataku saat itu bagaikan tiada penghujungnya..sepnjang jln ke HUKM aku ditemani air mata.

Tiba saja di perkarangn HUKM, aku mjadi semakin sebak kerana teringt kenangn semalam. Baru saja kami bergurau dan tertawa bersama..walaupn dy di atas katil dan badanya berselirat wayar2 tp hatinya masih mampu tersenyum girang melihat kunjungan kami. Kehadiranku pda mlm itu x sia2 kerana aku sempat mencium dahinya utk kali terakhir… aku menanti sehingga jenazah dikafankan.. pada saat aku mengucup dahinya, aku bisikn kata2 “ sy redha awk pergi, sy doakn awk bahagia di sana”. Ku akhiri kata2 dgn sebuah senyuman.. Ya Allah…..benar janji2Mu..


Pemergianya menjadikan aku berfikir tentang kematian.. aku merenung diri.. apakah sudah cukup amalan yg akn ku bawa kelak??? Kerana kematian itu x diketahui saatnya.. kadang kala aku cemburu melihat arwahyarhamah kerana Allah lebih sayangkn dy dari ku.. Allah ujinya dengan seberat-barat ujian (leukemia) agar sgala dosanya akan terhapus berkat kesabaranya mengharungi duri2 kesakitan. Tp apakh aku jua akan mendpt pelung yg sma??? atau pergi sblm sempt merasai pelung bertaubat kerana leka dgn keindahan duniawi.. Nauzubillahiminzalid..  Ya Allah…terlalu bnyak dosaku…hnya padamu aku memohon.. hnya keampunanmu menjamin syurgaku di sana.. aku takut Ya Allah…ampunilah aku…



AL-FATEHA BUAT ARWAHYARHAMAH THAQIFAH BT MALEK...

Thursday, August 5, 2010

Ramadhan kali ini..

Berlabuhnya tirai syaaban
Bertamu pula permata RAMADHAN
Bersama-sama ganjaran pahala berlipat ganda
Khas Buat insan yang tahu mengertikanmu..

Syukur Alhamdulillah..
sekiranya aku bersamamu
dalam setiap detik dan saat
yang berganjak pergi..
akan ku penuhi dengan amalan kebajikan
akan ku sulami dengan qiam dikemudiannya
agar tidak sunyi malammu dengan
alunan syahdu lambaian mimpi..

namun.... kekuasaan yang Esa siapa menduga
andai inilah ramadhan terakhirku
apakan daya untuk ku mengatakan tidak kepadamu…
Ya RAMADHAN..

Biarlah aku gapai butir2  sinarmu..
Biarlah aku hiasi peribadiku dengan cahayamu
Biarlah aku bertemankan ganjaran pahalamu
Agar mudah perhitunganku ..
dibawah naugan  rahmatmu
Ya RAMADHAN


Sunday, August 1, 2010

Ingin kelihatan menawan??? Amalkan rahsia ini...

     Jadikanlah Ghadhdul Bashar (  menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda.
     Oleskan lipstick kejujuran pada bibir untuk kelihatan lebih manis.
Gunakan pemerah pipi yg diperbuat daripada perasaan malu keluaran syarikat Iman.
Gunakan sabun istighfar yang menghilangkan semua dosa & kesalahan yang anda lakukan.
Rawatlah rambut anda dengan selendang islami yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
Hiasilah kedua belah pergelangan tangan anda dengan gelang tawadhu dan cincin ukhuwah pada jari-jemari anda.
Sebaik2nya pakailah kalung kesucian.
 Bedakkan wajah anda dengan wudhu, nescaya akan bercahaya di akhirat kelak…

Sunday, May 16, 2010

Hari Ini...

Hari ini 16 Mei 2010....
Hari ini hari Guru..
Hari ini hari pertama aku menerima ucapan " SELAMAT HARI GURU"
Hari ini hari lahir sahabat dan guruku
Hari ini aku menulis blog...
Hari ini tidak akan sama dengan hari semalam atau hari esok..
Hari ini tetap menjadi milik HARI INI..
Begitu istimewa hari ini..

* Hargailah setiap hari yang kita ada kerana hari tidak akan sama setiap hari..*