Friday, December 2, 2011

Nikmatkah MAKSIAT???


Alhamdulillah.. Masih punya waktu untuk menjadi khalifah di bumi Allah.. Di pagi Jumaat ini ana terasa ingin kongsikan bersama sahabat tentang DOSA tubuh badan.. Perkara yang biasa kita dengar dan tahu akibatnya namun, adakah terdetik di lubuk hati kita perasaan gerun, takut atau risau tatkala mendengarnya??? JIka ada alhamdulillah  anda masih punya hati tetapi jika tiada....bertaubatlah kerana hati anda mungkin sudah mati.. Sama-sama kita renungkan..


Sedarkah kita bahawa ada 10 anggota badan kita yang boleh melakukan dosa iaitu:  
    
 1) Akal                        6) Perut     
 2) Hati                        7) Tangan
 3) Mata                      8) Tubuh badan   
4) Telingga                  9) Lidah +mulut
5) Kaki                       10) faraj

setiap satunya mempunyai peranan dan fungsi tertentu yang boleh menyumbang kepada dosa jika kita tidak peka terhadap gerakan 10 anggota ini.. Kadang-kala ia boleh terjadi tanpa kita sedari.. 


Allah telah menyatakan dalam Surah al-Zalzalah :

Maksudnya : Dan sesiapa berbuat kejahatan (dosa) walaupun sebesar zarah, nescaya akan dilihat (diberi balasan) kejahatan itu.

Oleh itu, janganlah kita merasa bangga atau taksub apabila melakukan dosa walaupun dosa kecil kerana Allah lebih mengetahui dan sudah menjanjikan balasanya.. Marilah sama-sama kita bertaubat dengan taubat nasuha dan kembali kepada Allah kerana itulah jalan yang terbaik untuk menghapuskan dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

''Setiap anak adam (manusia) pasti akan melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah bertaubat''.   - Hadis riwayat Tirmizi


* Maaf jika ada yang kurang tentang pengisian ini.. Insyallah ana akan huraikan setiap jenis dosa jika berkesempatan..*