Thursday, July 21, 2011

Syair : Ceritera Ramadhan

Assalamualaikum...  Sempena menyambut kehadiran Ramadhan al-Mubarak, marilah sama2 kita teguhkan azam untuk perbaiki diri menjadi lebih baik dan rebutlah tawaran 'PAHALA' percuma daripada Allah.. Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga saya menghasilkan sebuah puisi tradisional sempena pertandingan menulis puisi tradisional anjuran PERBAYU.. 


Syair : Ceritera Ramadan


Dengan nama Allah yang maha Pengasih
Aku bermohon ampun dan kasih
Agar hatiku tenang dan bersih
Bahagia sentiasa bertemu kekasih

Ramadan kembali cinta bertaut
Menjadi medan hamba bertaubat
Sinar kasih-Mu membawa berkat
buat bekalan di padang akhirat

Malammu syahdu dendangan tangisan
Insan kerdil qiam sendirian
Munajat cinta mengharap ihsan
Akibat jahil nafsu penipuan

Ramadan di rai penuh barakah
Tutur dan kata terjaga indah
Lapar dahaga usah di endah
Pahala dikirim buat hadiah

Marilah semua wahai teman
Perbaiki akhlak jadi budiman
Hati terisi cahaya iman
Petunjuk jalan buat pedoman.

No comments: