Alhamdulillah.. Akhirnya diberi kekuatan buat diri ini menulis kembali... blog yang sudah lama di biar sepi insyallah akan dikemas kini.. Banyak juga post2 yang terpaksa di delete dek kejahilan diri.. Bersempena tahun baharu ini, ana berazam akan cuba menulis kearah yang lebih berbentuk ilmiah agar ilmu yang dikongsikan mampu menjadi bekalan pahala yang berterusan di akhirat kelak..
Ana teringat kata2 sahabat baik ana (roomate ana di IPG) ''menulislah sekurang-kurangnya ada pesanan atau perkara kebaikan yang boleh ditinggalkan untuk rujukan orang lain andai kita sudah tiada lagi'. Benar apa yang sahabat ana nasihatkan itu, cuma ana perlukan sedikit kekuatan kerana ana bukan jenis orang yang suka berkongsi melalui tulisan tetapi ana lebih suka berbicara..Namun, ana akan usahakan kerana tidak ada yang mustahil jika kita berusaha.. ermmm.. berceloteh pula..
Apa2 pun sempena MAAL HIJRAH ini, marilah sama2 kita hijrahkan hati dan iman kita supaya sentiasa dekat dengan-Nya..
No comments:
Post a Comment