Sunday, November 27, 2011

Walimatulurus...





Cuti sekolah sangat sinonim dengan perkataan 'walimatulurus'.. Bagaikan satu pesta wajib yang akan diadakan apabila tiba musim cuti sekolah..  Walimah atau walimatulurus ini merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab yang telah diterima pakai oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Namun ada sedikit kejangalan apabila disebut walimatulurus kerana kebiasaanya perkataan ini digunakan dalam kad-kad undangan/jemputan sahaja.  Tetapi ledakan transformasi maklumat telah mempopularkan perkataan ini terutamanya di bibir2 pemuda-pemudi kini.. 

Ana juga tidak ketinggalan merasai kehanggatan walimah ini apabila turut menerima banyak undangan baik daripada dalam kalangan senior2 di IPG KPI mahupun saudara dan jiran tetangga. Tahniah ana ucapkan buat  semua.. Semoga masjid yang dibina sentiasa mendapat keberkatan Allah dan berpanjangan..

Bila sahaja sebut walimah/kahwin pasti ramai pemudi-pemudi kini sering dibelenggu persoalan ini.. Terdetik dalam hati keingginan untuk menikmati sebuah bahtera perkahwinan bersama insan 'tersayang,' namun tuntutan  ilmu masih lagi berbaki tambahan pula faktor usia yang masih muda tentunya restu ayah dan bonda sukar diperoleh. Sungguh pun begitu, ana begitu kagum melihat kesungguhan segelintir daripada kita yang bertekad untuk berkahwin pada usia yang muda dan masih lagi belum punya pendapatan sendiri demi menjaga hati dan diri.. 

Buat sahabat yang masih menyimpan impian nun jauh di lubuh hati, apa kata kita selami persoalan-persoalan ini sebagai kayu pengukur kesediaan kita  untuk berumahtangga..



-adakah sudah bersedia untuk melayani seorang suami/isteri?


-adakah sudah bersedia untuk mentaati seorang suami? *muslimat

-adakah sudah bersedia untuk bekorban demi seorang suami/isteri?

-adakah sudah bersedia untuk berkongsi perasaan, harta dan kehidupan dengan seorang suami/isteri?

-adakah bersedia untuk mendahulukan keinginan suami melebihi diri sendiri dan keluarga sendiri?

-adakah bersedia untuk memaafkan dan bertolak ansur dengan seorang suami/isteri yang cuma manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan?

-adakah bersedia untuk mendahulukan ibu mertuanya melebihi ibunya sendiri? *muslimat

-adakah bersedia mengasihi ibu mertua dan sanggup bekorban demi beliau?

-adakah bersedia untuk menerima semua ahli keluarga suami/isteri yang tidak sempurna dan bersedia untuk bersabar serta bertolak ansur?

-adakah bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran dan kesakitan?

-adakah bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penghayatan Islam?

-adakah bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya suami meminta berbuat demikian? *muslimat

-adakah bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya anaknya lebih memerlukan perhatian?

-adakah bersedia untuk kehilangan seorang suami/isteri dan terus memberi didikan dan kasih sayang secukupnya kepada zuriat suami/isteri?

-adakah sudi menerima semua tanggungjawab itu?

JIKA  YA, BERKAHWINLAH.. KERANA DIRIMU INSHAALLAH AKAN MENJADI SUAMI/ISTERI DAN BAPA/ IBU YANG SOLEH/SOLEHAH......


**Ana memohon maaf sekiranya tidak dapat hadir ke majlis yang telah diundang.. Sekalung doa dari kejauhan ana titipkan buat kalian..** Selamat Pengantin Baru!!!


No comments: